Selamat pagi kepada semua.
Aku nak cerita tentang adegan hip hop di Malaysia.
Sekarang ni hip hop di Malaysia dah maju kalau dibandingkan dengan yang dulu, ramai orang dah mula dengar lagu jenis rap/hip hop. Ada juga segelintir yang pandai memecahkan kod ayat tersirat. Seperti yang korang tau, dalam rap ada yang suka bagi ayat berlapis atau tersirat. Jadi untuk kau betul-betul faham lagu tu, kau kena betul-betul memahami setiap lirik yang digunakan, mungkin sesetengah lirik. Bila ramai yang pandai atau acah-acah pandai, mulalah teori atau pendapat yang bercanggah atau senang aku kata negatif/positif. Contoh macam lagu yang dikeluarkan oleh Altimet iaitu Mambang. Ramai yang mengatakan lagu itu ditujukan kepada Malique. Mula-mula pun aku rasa macam tu, tapi lepas aku kaji dan kaji. Lagu tu seakan-akan menuju kepada Malique atau ianya salah satu teknik pemasaran yang mereka rancang. Altimet ada kata yang lagu tu dituju pada dirinya sendiri iaitu dirinya yang dulu. Tapi, kalau ikutkan memang betul semua lirik tu kena pada diri dia(Altimet) sendiri dan juga Malique. Lepas kecoh pasal lagu Mambang, keluar pula lagu Gong Nekara dari KmyKmo dan Luca Sickta kononnya balas lagu Mambang tu. Tapi, lagu Gong Nekara memang nampak sangat membalas lagu Mambang. Tiada hint menunjukkan lagu tu mengatakan itu lagu kisah hidup mereka(KmyKmo dan Luca Sickta) berdua. Apa-apa sekalipun anggapan kita tentang lagu mereka, hormat juga pada empunya lagu punya statement.
Tuesday, 31 July 2018
Hip hop scene in Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)